Hari ini , Khamis 8/7/2010...sepatutnya tarikh due saya.
Ayuni bangun pagi terus tengok perut saya.
'Mummy...naper baby tak keluar lagi?'
'Agaknyer baby sedap kot duduk dalam perut mummy...'
'Kalau baby tak keluar..kita nak buat macam mana?'
'Kita doa jer kat Allah..tak kan nak suruh doktor belah perut mummy hari ni'.
'Mummy..i dun want to take my bath! Baby tak keluar lagi'. Ayuni mula merajuk.
Setiap hari Ayuni mengira...siap ada kalendarnya sendiri.
Pagi ini Ayuni upset..tak mahu mandi....saya pujuk-pujuk..akhirnya mandi jua tapi berlengah-lengah.
Ayuni tak mahu sarapan..tak mahu minum...
Akhirnya...Ayuni lewat ke sekolah.
Sabarlah sayang...insyAllah akan tiba masanya. Kita doa sahaja yang terbaik dari Allah.
***************************************************************
Semalam walk in jumpa midwife. Alhamdulillah semuanya ok. Baby pun aktif.Midwife cuma nasihatkan saya agar call hospital bila sakit dah 15-10 minit. Jangan tunggu sampai 5 minit sebab saya ada history of c-s.
If saya tak bersalin lagi ....next week 14 July , saya kena pergi hospital jumpa tuan doktor.
*********************************************************************
Ingin juga saya kongsi bersama bakal-bakal ibu berkenaan air selusuh. Mungkin ada yang ingin menbuat sendiri air selusuh bagi mempermudah proses bersalin. Kawan saya , Ruhil ada share tips ngan saya . Dan saya jua nak share cara membuat air selusuh ini yang saya petik dari blog ini;
http://ceritaabi.blogspot.com/2008/06/air-selusuh.html
Kita hanya berusaha...tetapi ingat hanya Allah jua yang menentukannya.
Dan salah satu tatacara usaha bermohon kepada Allah dalam membuat air selusuh dan meredakan sakit adalah membaca selawat Syifa....
Any komen about air selusuh? I got mine..alhamdulillah. Moga urusan dipermudahkan.
2 comments:
comel~~ hope sume slmt...nnt ape2hal bgtau ek.=)
takpa su..insyaAllah semuanya akan selamat. Kalau perlukan pertolongan laung je kat ribston road ni ye. Ayuni tu tak sabar nak tengok muka baby. Dah bersedia menjadi kak long la tu. Rasa2 kak yaz dah bule minum dah air selusuh tu..kawan akak 2 weeks before due je dah start minum..tapi kalau su jenis yang minum air selusuh terus sakit better don't hehe..karang pening cik abang awak nak call ambulance pulak:-)
Mudah2an semuanya dipermudahkan buat su ye..jangan lupa update info kat kami nanti...
psstt...sayu tengok video youtube tu..rasa nak lompat pergi ke sana..huhu
Post a Comment