Wednesday, 24 August 2011

kau pergi jua..Al-Fatihah.


24 August 2011

Pagi tadi selepas sahur saya tidur semula. Dalam tidur saya bermimpi berjumpa baby Iman. Mungkin kerana asyik memikirkan baby Iman....ia terbawa-bawa ke alam tidur.Jelas wajah baby Iman walaupun saya sendiri belum melihat walau sekeping pun gambar baby Iman.

Ring...ring..telefon berdering. Jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi. Panggilan dari mak saya....message yang pendek tetapi sangat jelas.
'anon dah tau ker..?baby Aril dah tak der. Baru jer ni...mama on the way ke hospital'.

REDHA. Tidak sangka..mainan mimpi tidur saya ingin menyampaikan berita sedih buat saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Isnin...kawan baik saya dihospital Ampang sempat membelikan hadiah sepasang baju untuk baby Iman. Saya cepat-cepat menghubunginya untuk sampaikan hadiah saya itu kepada baby Iman. Saya cuba sedaya upaya saya...sekurang-kurangnya saya tidak rasa galat..walau saya jauh beribu batu..namun ingin sekali saya hadiahkan kenangan buat baby Iman.

Hari Selasa...adik kedua saya, Fik datang menziarahi baby Iman sambil membawa makanan berbuka untuk Aril. Isteri aril..sempat memberikan baju pemberian saya kepada Fik untuk dibasuh sebelum dipakaikan untuk baby Iman.

Malam itu saya call fik....Fik belum tidur kerana menuggu basuhan baju baby Iman untuk diserahkan kepada Aril keesokan paginya.

Saya sendiri tidak pasti Iman sempat atau tidak memakai baju biru pemberian saya. Tidak mengapa Iman....Allah lebih menyayangimu. InsyaAllah pakaian yang lebih indah menantimu di syurga. Walau Mak Anon tak dapat bersama-sama Iman semasa saat akhir hayatmu...percayalah Mak anon sangat-sangat sayangkan kamu dan sentiasa ikuti perkembanganmu sejak dari dalam kandungan. Sangat ..sayang! Moga sayang Mak Anon ini dapat dirasai baby Iman.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bukanlah kakak yang zalim. Saya cuba fikirkan bersama yang terbaik untuk Aril dan isteri. Fizikalnya...baby Iman sangat sempurna.Dari scan pertama...ada sedikit masalah di bahagian kepala. '0 % survival'..kata pakar Gynae. Gugur atau teruskan kandungan adalah suatu yang amat sukar untuk dibuat keputusan.

Saya adalah antara orang yang paling kuat mempengaruh untuk teruskan kandungan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menikmati saat indah bergelar bapa.Tiada niat lain melainkan mahu..adik ipar saya menyelami perasaan keibuan. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya menatap zuriat mereka. Tiada niat lain melainkan mahu adik saya tidak diselubung rasa kesal bila sudah tua kelak.

Alhamdulillah...baby Iman sangat mudah dilahirkan. Tidak menyusahkan ibunya. Iman lahir secara normal. Pastinya ia sesuatu pengalaman yang cukup indah untuk seorang yang bergelar ibu. Saya sendiri belum ada rezeki untuk menikmati melahirkan bayi secara normal.

4 hari..sudah cukup meninggalkan kesan mendalam buat adik saya detik pertama seorang bapa. Syukur Aril diberi peluang mengazankan baby Iman...menggendong..membelai....memakaikan baju...menyalinkan najis...mengalunkan bacaan Al-Quran...Sesiapa sahaja pasti akan meruntun melihat pengorbanan adik saya selama 4 hari 4 malam menunggu dan menjaga baby Iman...tiada juadah istimewa untuk berbuka dan tentunya tiada tidur yang lena.

Bertemankan mesin oksigen dan jantung...beep..beep..yang semakin hari semakin kurang bacaannya. Apakah perasaan...bila mengetahui anak sulungnya itu akan pergi meninggalkannya...selamanya...hanya menunggu waktu dan tika...setiap detik adalah detik cemas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat sukar untuk diluahkan segalanya dicoretan ini. Tidak dapat saya bayang..betapa hiba dan pilu adik saya melalui ujian getir ini...baby Iman menghembuskan nafasnya yang terakhir dipangkuan ibunya, disisi adik saya lebih kurang pukul 4 ptg waktu Malaysia. Baby Iman kemudian dikafankan..disembahyangkan..dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras.

Percayalah zuriat ini adalah amanah Allah. Walau apa pun ujian yang menimpa..terimalah dengan redha. Kita tidak tahu...akan adakah lagi zuriat untuk kita? atau mungkin ini yang terakhir? Saya berdoa agar adik saya diberi kekuatan...dan moga-moga Allah berikan yang lebih baik buat dirinya.

Aril & Elly....insyaallah baby Iman tenang disana.
Bersabarlah....Redha...Allah menyayangi orang-orang yang bersifat sabar.

Untuk anak saya Ayuni dan Ayna..ingatlah...kamu berdua ada sepupu yang suci bersih ,sangat sayangkan ibubapanya...yang akan memimpin ibubapanya kepintu syurga...insyaAllah. Itulah baby Iman. Walau kita tidak pernah bersua...namun doa dari kita untuk baby Iman amat bermakna.

Bulan Ramadhan beransur pergi..Kami mohon rahmatmu Ya Allah pada 10 malam terakhir Ramadhan ini . Sudah terasa kehambaran kedatangan Syawal kali ini.Moga-moga kami diberikan kekuatan dan ketetapan iman dalam menghadapi dugaan ini.


Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah buat baby Mohd Iman b Mohd Fahril. [20/8/2011-24/8/2011]

Jua Al-fatihah buat arwah atok saya,Banaji bin Abd Majid yang menemui ilahi pada 8/8/2011 , 8 Ramadhan.

2 insan tersayang meninggalkan kami Ramadhan ini....semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Mak anon,
Sheffield.

---------------------------------------------------------------------------------------

Updated, 26 August 2011..Mak Anon baru dapat tatap wajah Iman. Kak Ayuni suka tengok Iman. We love you Iman. Kasih hingga ke syurga.


*Iman dan Aril. Day 2.


* Iman akan memimpin kedua ibubapanya ke syurga InsyaAllah. Amin.

Dari Abu Musa bahwa Rasulullah saw bersabda,”Apabila anak seorang hamba meninggal dunia maka Allah berfirman kepada para malaikat-Nya,”Apakah engkau telah menggenggam anak dari hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Ya.’ Allah berfirman,”Apa yang dikatakan hamba-Ku itu?’ Para malaikat menjawab,’Segala puji bagi-Mu dan dia mengucapkan istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, pen). Lalu Allah berfirman,’Bangunkan baginya sebuah rumah di surga dan namakanlah rumah itu dengan nama ‘rumah pujian’” (HR. at Tirmidzi)

TQ Elly for this precious photo.

6 comments:

Anonymous said...

Terasa sebak membacanya.. Walaupun hanya 4 hari ia dpt melihat dunia & mengenali ibu & ayahnya, bg sy baby iman sorg baby yg cukup kuat.

al-fatihah utk baby iman.. &
Salam Aidilfitri utk akak sekeluarga..

drp: Comel

anon suria said...

comel: tqvm atas doa. selamat hari raya. thanks for being my loyal visitor.

Anonymous said...

Salam,
Sebak rasa bila baca entry baby Iman. Saya juga senasib adik kak suria dimana anak saya meninggal dalam kandungan (IUD),usia kandungan 7bulan 3hari semasa dilahirkan. Bulan February 2011 lepas. Doc kata baby gurl saya ada cystic hygroma area head & neck. Saya redha, skarang pun dah pregnant lagi..dah 4bulan.. Doakan baby saya sihat, sempurna..Insyallah. Amin :')

Unknown said...

sy bru dpt tau adik ipar sy alami keadaan cmni.. kandungan bru mencecah 3bln doktor sahkan baby alami cystic hygroma. doc sarankan gugur tp dia tlalu down sgt..sb anak 1st..sy pun xtau yg mn tbaik utk dia..

Anonymous said...

Saya pun alami perkara yg sama di mana baby saya meninggal dalam kandungan ketika kandungan berusia 22 mggu. Baby disahkan mengalami cystic hygroma di bahagian leher n kepala...bby sulung saya dan saya redha moga rezeki lebih murah selepas ini. InshaaAllah. Wpun 6 thn penantian utk menimang cahaya mata tapi bby sulung telah diambil tlebih dahulu oleh Allah swt sebelum sempat melihat dunia....

Anonymous said...

Saya pun alami perkara yg sama di mana baby saya meninggal dalam kandungan ketika kandungan berusia 22 mggu. Baby disahkan mengalami cystic hygroma di bahagian leher n kepala...bby sulung saya dan saya redha moga rezeki lebih murah selepas ini. InshaaAllah. Wpun 6 thn penantian utk menimang cahaya mata tapi bby sulung telah diambil tlebih dahulu oleh Allah swt sebelum sempat melihat dunia...Tp bersyukur sy telah melalui pglaman mengandung dan bersalin normal....