Tuesday, 10 May 2011

Catatan Italy 3 - Kau Istimewa




15 April 2011...
Happy Birthday Ayuni yang ke7
Diri mu Terlalu Istimewa..
Ku hadiahkan percutian ini untuk mu..
Hari ini..kami ikut sahaja semua kehendak mu...
Semoga memori ini tidak akan luput dari kotak ingatanmu...

Pagi-pagi..Ayuni dah bangun tidur..
Selesai mandi terus bertanya' Mummy..mana baju baru kakak?'
'Baju baru?'
'Yer la..hari ni kan birthday kakak...'
Hah..sib baik mummy bawak dress baru untuk kakak. Dah lama beli tersimpan dalam almari..nak gi Rome , mummy pun bawaklah dress tu. Nasib baik..nasib baik...If not mungkin Ayuni sedih.

[dalam hati..silap saya jugak setiap kali besday belikan pakaian baru...dah lah dia ingat besday mesti ada baju baru..saya rasa ni satu perkara yang tak bagus..mmm]

Sehari suntuk...kami bawa Ayuni jalan-jalan kota Rome. Malam sebelumnyer..saya dah google 'top 10' tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kami menaiki tube dan banyak berjalan kaki dari satu attraction ke attraction yang lain. Jalan kaki lagi best sebenarnyer sebab dapat menikmati kehidupan dan pemandangan sebenar kota Rome. Kami ke Republica,Del Papolo Piazza , Borghese Park, Stephens Step
*Piazza Del Papolo..dataran melepak..ha ha

*Dari piazza..naik tangga ke atas bukit menuju ke Borghese Park. Ni pemandangan kota Rome dari Borghese Park.

*Dari borghese park..berjalan kaki ke Spagna di mana terletaknyer Stephens Steps. Memang happening.

Hari ni besday Ayuni...makanya..;

Ayuni nak bergambar dengan pramugari..kami tunaikan [ Ayuni tak tahu pramugari tu apa kerjanya..dia tau cantek jer..then kami terangkan pramugari, nampaknyer Ayuni tidak berminat untuk jadik pramugari..;)]

Ayuni nak makan aiskrim mc donald..kami tunaikan [ Jenuh mummy berebut beratur sebab orang Italy x reti disiplin nak beratur..]


Ayuni nak naik kereta permainan ni..kami tunaikan [ budak kecil..memang sifatnyer begitu..pantang nampak permainan..]


Ayuni nak panjat pokok bunga..kami tunaikan [mummy..kakak nak jadik princess..yerla tu..]

Ayuni nak lukisan potret..kami tunaikan [Mummy I really want it. Sib baik dapat harga murah 10euro. If not 30 euro].


Ayuni nak celebrate birthday..kami tunaikan [puas meredah hujan senja semata-mata nak carik restoran halal ni...sedap tapi..............................................mahal].


Ayuni nak birthday cake...kami tunaikan..! [ Sib baik kek tu sedap...beli kat SPAR].


oh..betapa sayang nyer kami dengan Ayuni. Kau terlalu istimewa. Moga-moga apa yang mummy dan daddy bagi buat Ayuni..akan Ayuni terima dengan penuh syukur. Ayuni..moga ayuni jadik anak yang solehah dan berguna. BIla dah besar..jangan lupa mummy ngan daddy.

Mummy bagi hadiah ni khas untuk Ayuni...'My First Quran Story Book'. mummy beli online dari http://www.muslimstickers.com/. Cepat-cepat mummy order supaya sempat dibawa ke Italy. Best buku ni..mummy dah tengok tapi belum habis baca. Simple english dan siap ada reference lagi dari mana cerita tu dipetik dari Al-Quran. Daddy pula hadiahkan sebuah diary. Kenapa diary? sebab itu permintaan Ayuni...

Tapi Ayuni..bukan semua permintaan Ayuni mummy dan daddy tunaikan....[ tengok keadaan ok..]

Ayuni nak naik beskal tu tapi kami tak bagi...
Ayuni nak Nintendo DS..tapi belum tiba masanya kami nak belikan dia...
Ayuni nak Giant Trampoline..tapi kami belum jumpa yang murah..

Sabar lah Ayuni..bukan semua permintaan kita akan ditunaikan. Sebab itu kita kena banyak berdoa dan berusaha supaya apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Amin.

Apapun , birthday Ayuni di Rome adalah hari yang sangat gembira buat kita sefamily..syukur , walau mummy kepenatan...mummy dah cuba usahakan buat yang terbaik untukmu Ayuni...

* candid dari daddy..dalam lif pun mummy boleh terlelap.

We love you so much.

8 comments:

muhammadthoriq said...

soooo lovely and memorable, mudah-mudahan ayuni jadi anak solehah bile besar nanti, insha-Allah. :D

Abu Aiman said...

sonok kan jadi budak kecik!

Zuraimah Ismail said...

so sweeeetttt...bleh buat buku la anon....dah ada dah ciri2 writer yg bagus...

dearie ayuni,
u r so lucky to have anon as ur mom...she's superb ya...

mamajannah said...

sgt bermakna..ayuni nanti ayuni dah besar buat mcm ni tau kat mummy..jaga mummy, semoga ayuni jadik anak yang solehah,amin.

Anonymous said...

besar ye pgorbanan ibu/mama/mami/emak/umi & sbgnya.. slagi d gelar permata hati yg cukup bnilai..

**semoga ayuni mjdi seorg anak yg btanggjwb kpd family & kpd agamanya.. ~Insya-allah.. :)

Happy Besday Adik Ayuni.. ;)

lps ni leh sambut besday sama dgn kakak comel la.. selang shri jee.. hehe!!

Anonymous said...

salam su...baru je tengok gambar su jln2 kat itali..

happy belated birthday ayuni..you looked so beautiful with the dress..and of coz aina too. bestnya ayuni..mummy n daddy rajin melayan..

k.kina

Anonymous said...

tue la pgorbanan seorg yg dgelar ibu... sgup bkorban demi anak yg d sayangi..
Tahniah Adik Ayuni krn memiliki ibu yg myayangi adik.. Semoga adik mjdi anak yg soleha & stiasa di lindungi Allah Swt.. Amin..

**Selamat Hari Jadi Adik Ayuni...
Selepas ni leh kita sambut bersama, selang sehari je.. :)

From:
COMEL

anon suria said...

thoriq:amin.
azd:mmg seronok jadik budak kecik...tapi budak kecik dulu-dulu zaman kita x mcm zaman skrang.
ct:tq ct..lum leh jadik penulis lagi lah. siti..you also my inspiration to be super mom.
yati:amin. bila dah jadik ibu...mcm mcm kita nak usahakn untuk anak kan?
kak kina:tqvm.sesekali kak kina..layan ayuni.
comel:hapy belated birthday to you. Moga ceria n happy selalu. thanks jadik pengunjung setia.